
Langkah 1: Asingkan nombor seperti contoh di atas. Ini kerana, adalah lebih mudah untuk melakukan penolakan yang melibatkan nombor gandaan sepuluh. Langkah 2: Lakukan penolakan antara nombor 70 dan 40. Nombor asas 2 dan 7 hendaklah dikekalkan. Langkah 3: Lakukan penolakan antara nombor 30 dengan 7 pula. Nombor asas 2 dikekalkan. Langkah 4: Jawapan diperolehi dengan mencampur dua nombor yang akhir. ****************************************************** Masih sukar untuk memahami? Apa kata kamu lihat contoh yang ini pula. 84 - 66 = ? 1. Asingkan nombor dalam gandaan 10 (80+4) - (60+6) 2. Lakukan penolakan antara nombor puluh dan mengekalkan nombor asas. (20+4) - 6 3. Lakukan pula penolakan antara nombor 20 dengan 6 dan mengekalkan nombor asas. (14+4) 4. Maka jawapan yang terhasil ialah 18. Apa kata kamu uji kefahaman kamu dengan menjawab soalah ini berpandukan teknik yang diberi. 91 - 19 = ?

No comments:
Post a Comment