Saturday, 24 November 2012

Biodata Saya



Nama saya Norhayati Binti Abu Hassan  Mula bertugas di SK Raja Chulan pada tahun 2004. Dilantik sebagai guru SPBT pada tahun 2005 sehingga 2001. Di sekolah, saya guru tahap 1 yang mengajar matematik tahun 2. Kini, saya menyambung pengajian mengikuti Program Pendidikan Sekolah Rendah Falkuti Pendidikan dan Pembangunan Manusia di UPSI. Ini adalah cubaan pertama kali saya membina blog. Banyak juga cabaran dan rintangan dalam membina laman blog ini. Alhamdulilah, berkat usaha dan bantuan tunjuk ajar daripada rakan-rakan, saudara, suami dan para pensyarah maka terhasilah blog pembelajaran dan pengajaran matematik ini. Blog ini bertujuan berkongsi ilmu pengajaran dan pembelajaran matematik antara para guru dan murid-murid..... 

Pada permulaannya, saya sukar menentukan konsep yang sesuai untuk blog ini. Maklumlah, kali pertama membuat blog. Komen, teguran dan tunjuk ajar dari pensyarah , sedikit sebanyak membuka minda saya untuk menghasilkan blog yang bertepatan dengan konsep pembelajaran matematik. Maka terhasillah blog ini. Banyak pengalaman yang saya dapat sepanjang membina blog ini. Pengalaman yang paling penting ialah belajar dari kesalahan atau kesilapan yang pertama. Seperti mana ungkapan daripada Elexender Graham Bell ( Pencipta Telefon)..." Saya tidak berjaya 70 kali bukan bermakna saya gagal...cuma saya belum temui hasilnya...". Moralnya, gagal tidak bermakna tidak berjaya. Apa yang penting ialah kesungguhan, keinginan, dan keazaman yang tinggi untuk berjaya. Jelaslah, sejarah telah membuktikan Graham Bell ialah penggerak dalam penciptaan komunikasi yang unik yang dikenalai sebagai "telefon" walau pun dia telah gagal sebanyak 70 kali. Ok, setakat ini sahaja coretan saya sebagai salam pengenalan untuk rakan blogger saya. Selamat melayari blog ini, dan ceria-ceria selalu ..."-)))


BIODATA SAYA


Program Pendidikan Sekolah Rendah Falkuti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Nama : Norhayati Binti Abu Hassan
No Matriks: D20112053940
No KP : 810121-08-5448
Opsyen : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DAN PENGAJIAN BAHASA MELAYU
Sek : Sek. Keb. Raja Chulan Ipoh


1 comment:

  1. These tips are very useful for me and for that really thanks for sharing with us.

    ReplyDelete