Monday, 8 October 2012

Matematik, Sains di sekolah rendah sepenuhnya dalam Bahasa Melayu mulai 2016

Program PPSMIPengajaran dan Pembelajaan Matematik dan Sains dalam Bahasa Ingeris yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah sejak beberapa tahun dulu telah banyak memberi impak pada dunia pendidikan negara. Banyak juga reaksi yang timbul, ada yang setuju, ada yang tidak. Masing masing ada hujah sendiri. Namun begitu, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa PPSMI akan sepenuhnya diadakan dalam Bahasa Melayu mulai tahun 2016 di sekolah rendah dan untuk sekolah menengah, ia akan dimulakan pada 2021. 



Pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di Sekolah Rendah akan dilaksanakan sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia pada tahun 2016, dan untuk Sekolah Menengah pada 2021, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata mesyuarat Kabinet hari ini turut memutuskan untuk membenarkan murid sekolah rendah yang sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepenuhnya, bahasa Malaysia sepenuhnya atau dalam kedua-dua bahasa untuk meneruskannya sehingga ke Tingkatan Lima.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran membuat pengumuman itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

No comments:

Post a Comment